suria

Prego: Spageti Tuna Arrabiata

Spageti Tuna Arrabiata

DALAM hidangan ini, rasa tuna dan sos yang dicampurkan dengan cili, memberi kelazatan yang luar biasa. Sukar dipercayai bahawa hidangan hebat sebegini boleh disiapkan dalam tempoh kurang sejam. Malah resepi ini boleh menjadi alternatif kepada hidangan tuna klasik yang biasa digunakan untuk sandwic.


Resipi:

250g PREGO® Spaghetti, dimasak dan ditos

2 tin/1 jar PREGO® Traditional Pasta Sauce

2 tin tuna, ditos

4 sudu kecil minyak zaitun

6 ulas bawang putih, dihiris

2 cili kering, dihiris

1 lada merah, biji dibuang dan dihiris

100g cendawan, dihiris

Sedikit zaitun, dihiris

Sedikit daun selasih. dihiris (pilihan)

Garam dan lada secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:

Tumis bawang putih di dalam minyak zaitun sehingga lembut, tambah lada merah cili kering. Masak selama dua minit.

Tambah sos pasta PREGO® Traditional pasta sauce ke dalam kuali dan kacau.

Campurkan garam dan serbuk lada. Reneh sos selama empat hingga lima minit.

Akhir sekali masukkan hirisan daun selasih (jika mahu). Tuangkan sos di atas spageti untuk menyiapkan hidangan anda.


*Resepi ini disediakan oleh Prego. Sila layari www.prego123.com.my/untuk maklumat lanjut.

Spageti Tuna Arrabiata, Prego

Artikel Sebelum

Nasi Wangi Berempah

Artikel Berikut

Artikel Lain