suria

Prego: Spageti Arragosta

Spageti Arragosta

BULAN Ramadan kini telah tiba dan sudah sampai masanya untuk mula merancang dan menyediakan resepi yang sedap pada waktu berbuka puasa. Bagi memenuhi selera setiap orang, cuba anda menyediakan masakan yang berbeza pada setiap hari atau sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Pasta merupakan makanan ruji rakyat Itali dan satu daripada hidangan paling fleksibel untuk dimasak dengan cara yang berbeza selain rasanya yang boleh diubah mengikut kesesuaian selera. Maka semestinya, resepi ini sangat sesuai dimasukkan dalam hidangan Ramadan anda.

Namun kita tahu bahawa tugas memasak memerlukan masa dan penyediaan makanan yang lazat pasti memakan tempoh yang lebih lama. Memandangkan masa menjadi faktor penting sepanjang bulan Ramadan, kami menyediakan tiga resepi pasta yang lazat untuk disediakan sempena bulan yang suci ini.

Jika anda gemarkan udang dan pasta, ini merupakan hidangan menepati selera anda.

Walaupun hidangan ini dimasak menggunakan udang kara, ia boleh diganti dengan udang atau makanan laut lain sebagai alternatif. Jika dimasak dengan betul, udang akan menambahkan lagi kemanisan pada hidangan pasta ini. Resepi ini sangat mudah, pantas dibuat dan semestinya lazat.


Resipi:

250g PREGO® Spaghetti, dimasak dan ditos (dikeringkan)

2 tin/1 jar PREGO® Tomato, Sos Basil & Garlic Pasta

2 ekor udang harimau bersaiz besar atau enam ekor udang yang sama saiz

sederhana, dipotong separuh

5 sudu kecil minyak zaitun

6 ulas bawang putih, dihiris

1/2 cawan tomato ceri

Sedikit daun selasih. dihiris

Garam dan lada secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumis udang harimau sehingga bertukar warna menjadi merah. Lakukannya bagi tempoh tiga minit dengan suhu yang tinggi.

Pindahkan udang di dalam pinggan.

Tumis bawang putih di dalam minyak zaitun sehingga menjadi lembut dan menjadi wangi (pecah minyak). Tempoh selama dua minit.

Masukkan sos pasta PREGO® Tomato Basil & Garlic ke dalam kuali dan kacau.

Campurkan garam dan serbuk lada. Kemudian masukkan semula udang harimau dan tomato ceri sebelum mereneh sos selama lapan minit.

Masukkan daun selasih yang dipotong, kemudian curahkan sos di atas spageti yang siap dimasak.


*Resepi ini disediakan oleh Prego. Sila layari www.prego123.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Spageti Arragosta, Prego

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain