suria

Prego: Spageti Amatriciana

Spageti Amatriciana

SEBAGAI hidangan klasik rakyat Itali, resepi ini mampu menceriakan keluarga dan rakan-rakan dengan rasanya yang pelbagai. Kekuatan utama hidangan ini adalah kerangupan daging dan cendawan yang disaluti sos pasta yang enak.


Resipi:

250g PREGO® Spaghetti, dimasak dan ditos

2 tin/1 jar PREGO® Tomato, Sos Basil & Garlic Pasta

200g daging, dihiris

4 sudu kecil minyak zaitun

6 ulas bawang putih, dihiris

2 bawang merah, dihiris

100g cendawan, dihiris

Sedikit daun selasih. dihiris

Garam dan lada secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:

Masak daging di dalam minyak zaitun pada suhu tinggi sehingga kelihatan rangup, tambah bawang merah, bawang putih dan cendawan, dan masak selama dua minit sehingga bau wangi.

Masukkan sos pasta PREGO® Tomato Basil & Garlic ke dalam kuali dan kacau.

Campurkan garam dan serbuk lada. Reneh sos selama empat hingga lima minit.

Akhir sekali masukkan daun selasih dan hidangkan sos di atas spageti yang siap dimasak.


*Resepi ini disediakan oleh Prego. Sila layari www.prego123.com.my/untuk maklumat lanjut.

Spageti Amatriciana, Prego

Artikel Sebelum

Artikel Lain