Cekodok Kentang Lobak Merah - Jamu Selera | mStar

Cekodok Kentang Lobak Merah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 7:30 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

Bahan-bahan:

*2 biji kentang dihiris nipis
*1 lobak merah dihiris nipis
*1 biji bawang besar dihiris nipis
*2 sudu udang kering atau ikan bilis dikisar halus
*3 cawan tepung gandum
*1 biji telur
*Tambahkan cili jika nak pedas

Cara-caranya:

Kentang dibuang kulit dan dipotong nipis, begitu juga dengan lobak merah. 

Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas, masukkan air dan gaul rata. Seterusnya panaskan minyak dan goreng hasil yang digaul hingga kekuningan.

Hidangan ini pasti lebih enak jika dimakan bersama cili atau tomato serta mayonis.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , cekodok kentang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan