suria

Puding Buah-Buahan Kastard

Puding buah-buahan kastard. - foto http://aziejaya.blogspot.com
PUDING merupakan hidangan penutup yang digemari ramai. Antara hidangan pencuci mulut yang wajib dicuba adalah puding buah-buahan kastrad.

Ia enak dimakan dalam keadaan sejuk selepas selesai makan hidang berat untuk berbuka puasa. - resipi oleh http://aziejaya.blogspot.com

Bahan untuk Puding:

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

1/2 cawan gula pasir


Bahan Untuk Kuah:

1 tin susu cair

1 tin besar koktel buah-buahan campuran

1 1/2 tin air masak

4 sudu besar gula pasir

1 sudu teh esen vanila 


Cara-cara membuat pudingnya:

Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.

Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu 

Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.


Cara-cara membuat kuahnya:

Campurkan semua bahan kedalam periuk.

Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).

Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.

Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.




puding buah-buahan kastard

Artikel Lain