suria

Pasta Bolognese Coklat

Pasta Bolognese Coklat

Bahan-bahan

1 paket pasta Fussili

4 sudu masak cili boh

5 tangkai cili api

200 g daging ayam cincang

200gm daging lembu cincang

100 g tomato puri

100 g sos tomato

6 ulas bawang merah (dicincang halus)

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

2 biji tomato (didadu)

1/2 biji terung-digoreng minyak penuh

3-4 biji cendawan volvariella (dihiris)

60gm coklat hitam/ coklat masak

1 cawan air

1 senduk susu segar

1 kiub stok daging lembu (pilihan)

Oregano atau Italian herbs

Minyak masak untuk menumis


Cara-cara

1. Untuk pasta, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila sudah lembut dan kemudian toskan.

2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.

3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.

4. Masukkan terung, tomato, lobak merah dan cendawan . Goreng sehingga sayur lembut.

5. Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu. Kacau hingga sekata.

6. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (pilihan).

7. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Siap untuk dihidangkan.


*Resipi dan gambar sumbangan Chef Azli Razali, finalis Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 menerusi kategori Chef Selebriti Pilihan.

Pasta Bolognese Coklat

Artikel Lain