Kambing Panggang 'Sasaran' Pengunjung Bufet PWTC

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 8:00 AM

Kambing panggang antara hidangan 'panas' di PWTC.

(Ubah saiz teks)

SETIAP kali apabila tiba Ramadan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pastinya akan 'diserbu' penggemar daging kambing panggang.

Situasi itu diakui Eksekutif Chef PWTC, Suzaini Mohamed Salih yang mendedahkan sekurang-kurangnya sembilan hingga 10 ekor kambing dipanggang setiap hari sepanjang bulan Ramadan tahun lalu.

"Hidangan kambing panggang di sini memang 'panas'. Pendek kata menu istimewa 'Carving Station' ini tidak akan putus-putus dikunjungi pelanggan yang menggemari sajian itu.

"Kebanyakan pelanggan beritahu mereka datang berbuka puasa di sini semata-mata untuk menikmati hidangan tersebut," katanya pada majlis merasai juadah 'Sinar Ramadan @ PWTC di restoran Riverside baru-baru ini.

Jelas Suzaini, kelebihan kambing panggang PWTC adalah dari segi perapannya bersama dengan rempah-ratus terpilih.

Suzaini akan dibantu 50 kakitangan dalam menyediakan hidangan sepanjang Ramadan ini. 

"Apa yang membezakan kambing panggang kita dengan tempat lain adalah dari segi perapannya. Ia akan dibiarkan semalaman agar aroma rempah sebati dengan daging," katanya.

Malah beliau berkata, daging kambing yang sudah dipotong itu akan dipanaskan kembali untuk mengekalkan keenakannya.

"Di tempat lain selepas daging itu dibakar, ia akan dipotong dan diletakkan begitu sahaja. Namun di sini, kita akan panaskan semula kerana daging tersebut apabila sejuk ia memang berminyak," katanya.


Dalam menjaga kualiti demi kepuasan pelanggan, Suzaini, 51, menegaskan PWTC hanya menggunakan daging kambing Boer yang diimport dari Australia.

"Kita hanya gunakan daging kambing import (baka Boer) dari Australia. Ia jauh lebih berkualiti daripada kambing tempatan kerana dagingnya lebih lembut selain tidak berbau," katanya.

Selain hidangan kambing panggang, Suzaini berkata PWTC turut tidak ketinggalan menawarkan juadah masakan ala kampung dengan menghidangkan lebih 250 menu pilihan termasuk 20 jenis sajian berkonsepkan warung.

"Menu istimewa yang disajikan kepada pelanggan akan bertukar setiap hari," katanya.


Menurut beliau, antara juadah ala kampung membangkitkan selera yang dihidangkan ialah rendang tok, rendang minang, asam pedas ekor dari Sabah, laksa dan nasi beriani.

"Selain itu, pelbagai pilihan kerabu yang pastinya membuka selera pelanggan turut disediakan antaranya ialah kerabu sotong, kerabu perut dan kerabu pucuk paku,” kata anak kelahiran Johor itu.

Tambahnya, restoran Riverside turut menyediakan kuih-muih dan pencuci mulut tradisional kepada pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan berbuka puasa.


Sama seperti tahun lalu, pihak pengurusan PWTC turut menawarkan dua tiket Pakej Umrah kepada pelanggan yang berbuka puasa di sini pada tahun ini.

Dua pelanggan bertuah hanya perlu melengkapkan slogan yang paling menarik mengenai Selera Ramadan@PWTC untuk memenangi tiket Pakej Umrah tersebut.

Sajian bufet itu disediakan bermula pukul 7 petang hingga 10 malam, mulai 8 Jun hingga 3 Julai.

Ia ditawarkan pada pakej RM80 untuk dewasa, RM40 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, dan RM65 bagi warga emas 65 tahun ke atas.


Tags / Kata Kunci: PWTC , Sinar Ramadan , kambing panggang

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan