suria

Jus Kismis Madu

Gambar hiasan.
KISMIS dan madu merupakan antara makanan sunnah Rasulullah SAW. Selain mengandungi 1001 khasiat, campuran kismis dan madu boleh dibuat jus untuk dinikmati semasa berbuka puasa.

Dengan cara penyediaan yang cukup mudah dan ringkas, apa kata anda cuba resipi ini.


Bahan-bahan:

20 gram kismis 

2 camca besar madu

Sedikit air

Beberapa ketulan ais


Cara-cara:


Campurkan kismis bersama madu dan beberapa ketulan air ke dalam pengisar. Kisar semua bahan tadi.

Tuang ke dalam gelas dan sedia dihidangkan.


jus kismis madu

Artikel Sebelum

Nasi Ulam Utara

Artikel Berikut

Artikel Lain