D'Saji Tawar 11 Lokasi Iftar

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 7:00 AM

Pemandangan kawasan sekitar Orchard Villa di Batu 10 Gombak yang disediakan untuk majlis iftar korporat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda D'Saji Sdn Bhd yang juga anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda dan Felda telah  menganjurkan Bufet Ramadan bermula pada 2008 lagi.

Tahun ini D' Saji menawarkan lima lokasi berbuka puasa yang boleh ditempah  secara individu atau berkumpulan dilengkapi dengan pelbagai juadah  istimewa serta kemudahan seperti persembahan tradisi,tempat letak  kereta, surau dan imam untuk solat tarawih.

Lokasi tahun ini seperti berikut:

1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak 

2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa

3. Restoran Felda Villa, Jalan Maktab

4. Asmara Penchala, Kg. Sg. Penchala

5. Kajang Perdana Avenue, Kajang

Selain itu,  untuk majlis korporat secara tertutup ada enam lokasi iaitu:

1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney

2. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang 

3. Casa Heliconia, Jalan Maktab 

4. Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa 

5. Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC 

6. Orchard Villa, Batu 10 Gombak.

Pada tahun ini D' Saji bekerjasama dengan Chef Ammar Ali, Chef  Selebriti Masakan Timur Tengah untuk membawakan masakan popular Timur  Tengah menggunakan bahan-bahan premium.

Manakala Chef Ismail Jaafar, dari D'Saji pakar masakan Melayu akan menyediakan hidangan Melayu warisan serta ala kampung.

Di Restoran Felda Villa dan D'Saji KL Titiwangsa, ianya membawakan  hidangan-hidangan yang popular di Bazar-Bazar Ramadan.

Bagi Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, pelanggan berpeluang menikmati  hidangan berbuka puasa berkonsepkan makanan laut di samping masakan  istimewa Melayu D Saji.

D'Saji dengan ini mengumumkan Ganjaran Pelanggan Awal ( Early Bird )  bagi pelanggan yang membeli dan membuat bayaran penuh Bufet Ramadan  sebelum atau pada 1 Jun 2016.

Harga ditawarkan adalah seperti berikut:

1) Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Harga Promosi Early Bird: RM 76.00 nett (Harga Asal: RM96.00 nett) 

2) Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa Harga Promosi Early Bird: RM79.00 + (Harga Asal: RM125.00 +)

3) Restoran Felda Villa, Jalan Maktab Harga Promosi Early Bird: RM59.00 + (Harga Asal: RM90.00 +)

4) Asmara Penchala, Kg. Sg Penchala Harga Promosi Early Bird: RM55.00 nett (Harga Asal: RM69.00 nett)

5) Kajang Perdana Avenue, Kajang Harga Promosi Early Bird: RM35.00 (Harga Asal: RM45.00 nett)

Potongan istimewa juga ditawarkan kepada Warga Emas iaitu pelanggan  berusia 60 tahun serta golongan OKU sepanjang bulan Ramadhan.

Paling istimewa, pelanggan bertuah Bufet Ramadan D'Saji akan ditaja menunaikan Umrah untuk dua orang melalui perkhidmatan tajaan Felda Travel.

Tags / Kata Kunci: Felda D'Saji , Titiwangsa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan