suria

Daging Kurma Hitam

Gambar hiasan: Daging masak kurma.

PASTINYA setiap rumah akan ada bekalan kurma untuk sememangnya disunatkan berbuka dengan tamar yang penuh khasiat itu.

Bagi yang kreatif tentu sekali gemar mencuba sesuatu yang lain dari lain. Mungkin juga enak jika kurma dijadikan bahan untuk memasak daging.

Bahannya:

1/2 kg daging

3 sudu besar cili giling

buah kurma/buah prun secukup rasa

Kicap lemak manis secukup rasa

1 bawang besar (dimayang)

2 tangkai daun kari

2 tangkai daun bawang (dipotong panjang)


Caranya:

Rebus daging, cili giling, kicap, buah kurma dan prun hingga daging masak. 

Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan daun kari. 

Goreng bawang hingga kekuningan kemudian masukkan ke periuk berisi campuran daging tadi, perisakan dengan garam, gula dan daun bawang.

daging masak kurma

Artikel Lain