suria

Mudah, Ringkas & Cepat Tarikan Rempah Segera NIS

Rempah sate goreng dan kuah kacang sate antara produk NIS yang mendapat sambutan ramai.

PRODUK rempah ratus segera kini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai golongan masyarakat kerana kaedah penyediaannya yang mudah, ringkas dan cepat.

Bukan sahaja untuk peniaga, ia juga sesuai untuk golongan bekerja yang sentiasa mengejar masa untuk menyiapkan hidangan sebelum atau sebaik pulang dari pejabat.

Menyedari produk segera yang semakin digemari ramai, syarikat tempatan berpangkalan di Johor Baru, Rafflesia Food Trading Sdn Bhd menghasilkan tujuh jenis rempah ratus segera iaitu rempah sate goreng, sos sate, sos lada hitam, rempah sup tulang, kunyit goreng segera, rempah kari daging dan ayam.

Ternyata produk jenama Nis iaitu selepas syarikat berkenaan dijenamakan semula kepada NIS Spice Manufacturing Sdn Bhd pada 1989 mendapat sambutan di pasaran dan kini semakin berkembang.

Pengasasnya, Allen Wong yang juga chef berpengalaman  percaya penghasilan produk seumpama ini dapat menambah  rasa dan selera dalam makanan yang disajikan.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan rempah ratus segera, NIS tetap mengutamakan  kualiti produknya untuk memastikan pasarannya berkembang.

Antara produk yang mendapat perhatian ramai ialah rempah sate goreng yang mempunyai kelainan daripada segi rasanya.

"Apa yang kami ingin tampilkan ialah produk makanan yang mewakili Malaysia iaitu sate.

"Kami memilih sate kerana ia adalah makanan yang menggabungkan semua bangsa di Malaysia.

"Setakat ini, produk ini dieksport ke United Kingdom, Singapura, Kanada dan Australia," katanya sambil menambah NIS boleh didapati di pasaraya Giant dan kedai-kedai runcit pada harga serendah RM3 sepaket.

Produk ini turut mendapat pengiktirafan status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Allen (tengah) bersama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Ibrahim pada HLIA 2015.

NIS turut menyertai program Ramuan Halal Asia (HLIA) 2015 anjuran Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC).

Acara anjurkan HDC bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menarik kira-kira 50 syarikat pengeluar ramuan yang mengetengahkan produk dan perkhidmatan berkaitan industri halal.

NIS, rempah, HLIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ayam Masak Gajus

Artikel Lain