suria

Kuah Kacang

Gambar hiasan: Kuah kacang.
SETIAP kali Aidilfitri, menu kuah kacang pasti tidak ketinggalan untuk disediakan. Ia enak dimakan bersama sate dan nasi impit.

Bahan-bahan:

600 gm kacang tanah - disangai

5 biji bawang besar - mayang

½ cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar

1 cawan gula Melaka

1 sudu besar gula pasir

1 cawan minyak mazola

2-3 cawan air

1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa


Cara Penyediaan:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. 

Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.

Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. 

Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.




kuah kacang

Artikel Sebelum

Rempeyek Kacang Hijau

Artikel Berikut

Artikel Lain