suria

Lontong Johor

Gambar hiasan: Lontong.
MENARIK sekali jika hidangan di Aidilfitri menjadi kesukaan ramai, berbaloi rasanya selepas penat di dapur berjam-jam lamanya.

Bahan Kuah Lodeh

12 tangkai kacang panjang - dipatahkan seinci

70 gram fucuk @ tauhu kering - potong dan rendam hingga lembut

1 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang

1 biji sengkuang saiz sederhana - dipotong memanjang

5 keping tempe -  dipotong kiub

1/2 bahagian kobis bulat - dihiris

1 biji terung panjang saiz besar

800ml  santan  

Air jika perlu

2 cekak soo hoon - dipotong dan dibersihkan

4 helai daun limau purut – dibuang urat 

2 kiub pati ikan bilis

1 camca teh serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis:

3 batang serai - dititik

1 lengkuas - diketuk

Sedikit minyak 

Bahan kisar:

2 biji bawang besar

5 biji bawang putih

5 - 6 cili padi merah

3 camca besar udang kering - rendam 10 minit dan toskan

Bahan sampingan:

Nasi impit

Sambal tumis ikan bilis

Telur Rebus

Cara: 

Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. 

Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 

Masukkan lobak merah, sengkuang dan kacau rata sebelum dituang santan cair. Biar mendidih, masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk. Masak hingga semua lembut. 

Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 

Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut. 

Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. 

Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

lontong

Artikel Sebelum

Mee Sualing

Artikel Berikut

Artikel Lain