Aiman Pertaruh Menu Jepun Di Bazar Ramadan Taman Tenaga

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 7:30 AM

Takoyaki antara makanan Jepun yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun kebanyakan peniaga memilih untuk menjual makanan tempatan, Aiman Idris, mencabar diri untuk menjual hidangan Jepun di bazar Ramadan Taman Tenaga kerana yakin ia mampu menarik perhatian pengunjung.

Bagi peniaga berusia 22 tahun ini, pengalaman yang dilalui abang dan kakaknya menjual menu sama Ramadan lalu menjadi pembakar semangat untuknya.

"Sambutan yang diterima abang dan kakak Ramadan lalu amat menggalakkan.

"Jadi saya tidak perlu bimbang sekiranya ada yang anggap tidak ramai yang akan singgah ke gerai saya," kata Aiman.

Aiman menjual takoyaki sotong, udang, dan ketam dengan harga serendah RM4 sebungkus.

Ingin menampilkan kelainan, katanya, adunan tepung yang digunakan dalam penyediaan makanan itu berbeza daripada segi adunan tepungnya.

"Takoyaki yang disediakan ini dibuat menggunakan tepung yang saya hasilkan sendiri," katanya yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Baginya berjinak-jinak berniaga di bazar Ramadan boleh membantunya menimba pengalaman lebih-lebih lagi cara melayan pelanggan serta persiapan untuk lebih serius dalam bidang perniagaan nanti.

"Keluarga saya juga menyokong minat saya untuk cuba berniaga," kata Aiman lagi.

Tags / Kata Kunci: Aiman Idris , takoyaki , Ramadan

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan