Ayam Golek Pilihan Ramai Untuk Iftar Di Labuan

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Setiap kali Ramadan menjelma, sudah semestinya bazar jualan juadah berbuka puasa akan menjadi tumpuan bukan sahaja mereka yang beragama Islam tetapi juga penganut agama lain.

Juadah berbuka puasa yang beraneka menarik ramai pengunjung dan tidak dinafikan, ayam golek adalah antara yang digemari.

Di pulau bebas cukai sini, kesemua empat bazar selain bazar-bazar di taman-taman perumahan dan rumah-rumah kedai, akan sentiasa ada jualan ayam golek.

Menurut pengusaha ayam golek di Taman Perumahan Mutiara, Sg Bedaun, Irwan Tarkum, 40, yang telah berniaga ayam golek setiap Ramadan empat tahun lalu berkata meskipun mempunyai perbezaan sedikit harga di bazaar-bazaar lain, jualan ayam goleknya sentiasa laris mengungguli juadah-juadah lain.

Katanya meskipun terpaksa bertungkus-lumus dan berdepan dengan panas bara api, jualan harian ayam goleknya sentiasa tidak mengecewakan.

"Alhamdulillah, sejak hari pertama sehingga hari ini, jualan amat memberangsangkan. Sekurang-kurangnya 25 ekor untuk operasi perniagaan tidak sampai tiga jam untuk pelanggan di taman perumahan ini adalah mengujakan, katanya.

Pelanggan tetap bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam tetapi juga masyarakat bukan beragama Islam," katanya.

Berbanding di bazar lain, jualan ayam golek boleh mencecah sehingga lebih 50 ekor dalam masa tiga jam operasi perniagaan.

"Meskipun memerlukan modal yang banyak berbanding juadah-juadah lain selain harus menyediakan mesin ayam golek sendiri, keuntungan daripada jualan ayam golek amat menggalakkan, tetapi ianya memerlukan kekuatan fizikal," katanya.

Katanya untuk mengekalkan tekstur lembut, ayam golek harus diperap selama beberapa jam dengan rempah sebelum dipanggang sekurang-kurangnya dua jam.

"Pembikinan sos juga memainkan peranan dalam memastikan ayam golek itu lengkap dan laris," katanya.

Berniaga ayam golek memerlukan kesabaran seperti dalam mendapatkan bekalan harian ayam, mengendalikan mesin ayam golek yang panas dan perlu mahir dalam penyediaan bara api. 

"Tidak dinafikan tidak ramai yang boleh bertahan menjalani perniagaan ini," katanya.

Harga untuk seekor ayam golek di Taman Perumahan Mutiara ini adalah RM25 dan RM13.00 untuk separuh, harga yang sama di empat bazaar lain yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan.

Perbadanan Labuan menyediakan empat bazar Ramadan untuk keselesaan warga Labuan iaitu di Labuan Walk, terminal bas dan teksi Pasar Sentral Labuan, kawasan letak kereta Anjung Selera Durian Tunjong dan Jalan Bunga Mawar.

Bagi pelanggan tetap ayam golek, beratur panjang tidak menjadi satu masalah untuk menikmati apa yang dikehendaki.--Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan