Cubaan Pertama Selera Izzarfan Bawa Tuah Di Bazar Ramadan Seksyen 17 PJ

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 7:00 AM

Selera Izzarfan menawarkan hidangan nasi kukus dan nasi kerabu sempena bulan Ramadan ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cubaan pertama kali berniaga di bazar Ramadan membuahkan hasil apabila hidangan nasi kukus dan nasi kerabu yang menjadi taruhan menarik ramai pengunjung sepanjang dua minggu umat Islam berpuasa.

Berniaga di bazaar Ramadan Seksyen 17 di sini, Muhammad Azuan Deraman lega apabila gerai Selera Izzarfan yang diusahakan bersama isteri, Siti Nor Edayu Mohd Yusuf serta dua adiknya bukan sahaja mampu bertahan sejak 1 Ramadan, malahan mendapat sambutan  baik pengunjung.

"Alhamdulillah gerai masih beroperasi sehingga kini, terima kasih kepada pelanggan yang memberi sokongan.

Orang ramai sanggup beratur untuk membeli hidangan yang ditawarkan.

"Kami mengikut resepi keluarga dan ia telah digunakan lebih daripada 10 tahun apabila ibu saya mula berniaga di kawasan Pantai Dalam," kata Edayu.

Azuan yang mementingkan kepuasan pelanggan dalam menyediakan hidangannya berkata, menu nasi kerabu dan nasi kukus paling laris setiap hari.

"Bagi nasi kerabu, kami menyediakan lauk seperti daging bakar, ikan tepung, telur masin, dan ayam berempah, manakala sayur-sayuran dicampurkan dengan kerisik berbeza seperti gerai lain yang kebanyakkannya mengasingkan sayuran dan kerisik," katanya.

Bagi hidangan nasi kukus pula, kata Nor Edayu, ramai pelanggan menggemarinya kerana kuah karinya yang enak dan pekat, lebih-lebih lagi apabila ia dihidangkan bersama ayam berempah yang hanya digoreng apabila mendapat permintaan pelanggan.

Muhammad Azuan dibantu isteri dan dua anaknya.

Selain itu, gerai Selera Izzarfan turut menawarkan hidangan nasi minyak dan nasi dagang yang dijual pada harga dari RM5.50 hingga RM6.00.

Salah seorang pelanggan yang mengunjungi gerai Selera Izzarfan, Shahridan Ahmad, 35, berkata, dia tahu mengenai gerai itu daripada rakannya yang memuji keenakan nasi kukus di situ.

"Sudah tiga atau empat kali saya membeli nasi kukus di sini selepas rakan saya memperkenalkan gerai ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Selera Izzarfan , bazar Ramadan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan