Hidangan Jimat, Sederhana Di Tappers Cafe

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANJANG Ramadan ini, Tappers Cafe menawarkan tiga set istimewa untuk hidangan berbuka puasa pada harga terendah.

Restoran yang cukup terkenal dengan penampilan ala kopitiam ini amat sesuai bagi anda yang ingin berbuka puasa secara bersederhana.

Tappers Cafe bukan sahaja mementingkan kualiti dalam penyediaan hidangannya, tetapi set istimewa ini berbaloi untuk wang anda.

Antara hidangan yang ditawarkan adalah set ala carte, di mana pelanggan perlu memilih satu hidangan utama dari menu Tappers Ala Carte iaitu Vegetarian, Hainanese West, Tappers East, Tappers West Atau Pasta. Set Ala Carte ini berharga RM23.90++.

Bagi anda yang gemarkan hidangan berasaskan ayam, Tappers Cafe menyediakan set ayam dengan pilihan ayam percik atau ayam masak merah istimewa yang dihidangkan bersama nasi tomato Basmati, acar, telur rebus dan keropok. Set ini pula ditawarkan pada harga RM27.90++.

Enggan mengecewakan peminat daging kambing, Taffers Cafe menawarkan set kambing serendah RM29.90++.

Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada inginkan hidangan kambing kurma yang dihidangkan bersama nasi tomato Basmati, acar, telur rebus dan keropok atau kambing stew berserta roti Focaccia dan salad.

Kesemua set di atas turut dihidangkan bersama dengan air, pemanis mulut, dua jenis kuih dan tiga biji kurma.

Menariknya, tawaran yang bermula dari 18 Jun ini boleh dinikmati sehingga 17 Julai ini.

Terdapat 11 cawangan Tappers Cafe yang menawarkan set berbuka puasa ini.

Antaranya di Tappers Jaya One, Tappers The Curve, Tappers Setia Walk, Tappers Shaftsbury Square, Cyberjaya, Tappers Setia Alam, Tappers PV128 Setapak, Tappers Damansara Uptown, Tappers Oasis Square, Ara Damansara, Tappers Berjaya Times Square, Tappers Quill City Mall dan Tappers IOI City Mall, Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: Tappers Cafe , Ramadan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan