Iftar 18 Jenis Bubur Di Parkroyal KL

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

JARANG-jarang sekali kita mendengar hampir 20 jenis bubur ditawarkan di bawah satu bumbung setiap hari, tetapi tahun ini Parkroyal Kuala Lumpur melakukannya!

Unik dan lain daripada yang pernah ditawarkan di mana-mana lokasi berbuka, hotel di tengah ibu kota ini menampilkan keistimewaan sajian berbuka dengan menawarkan 18 jenis bubur untuk tetamunya.

Dihidangkan secara bufet bersama sajian lain di kafe Chatz Brasserie, pengunjung berpeluang menikmati 13 jenis bubur pelbagai rasa yang datang dari hampir setiap pelusuk negeri.

Eksekutif Sous Chef, Isham Ismail berkata, hotel ini mahu mengetengahkan kelainan dengan menyediakan peluang untuk pengunjungnya menikmati aneka bubur enak yang popular dan kurang dikenali di Malaysia.

"Kita sedar pada bulan puasa ramai yang perutnya sensitif dan mahu makan sesuatu yang lembut dan tidak terlalu berat semasa mula berbuka, justeru kita tampil dengan konsep ini.

"Selepas mencuba bubur yang ada, mereka boleh mencuba nasi bersama lauk-lauk lain yang tak kurang enaknya. Dengan cara ini, tidaklah perut yang sehari berpuasa mengalami 'kejutan'," katanya.

Katanya, walaupun nampak hampir sama, setiap jenis bubur mempunyai rasa dan keenakannya sendiri yang bakal memberi kepuasan berganda khususnya kepada penggemar bubur.

"Pengunjung mungkin sudah mempunyai bubur kegemaran masing-masing tetapi terlanjur berada di sini saya minta mereka jangan terlepas mencuba beberapa jenis bubur istimewa," katanya.

Antara bubur yang patut dicuba termasuklah bubur Menguh Bali, bubur Singgang Kupang, bubur isi ketam, bubur Asyura Johor dan bubur udang kara.

Selesai menikmati bubur dan hidangan utama lain, pengunjung boleh beralih kepada lima jenis bubur manis iaitu bubur kacang merah, pengat pisang, bubur pulut hitam, bubur kacang durian dan pengat nangka sebagai sajian pencuci mulut.

Sesuai dengan tema 'Ramadan Selera Kampung', makanan dihidangkan kepada pengunjung digerai-gerai khas yang dibina di bahagian luar dan dalam hotel.

Mengetengahkan lebih 100 sajian setiap hari, semua hidangan akan ditukar setiap hari bagi membolehkan pengunjung menikmati sajian kampung sepuas-puasnya.

Chef Isham berkata, briyani ayam/daging, ayam percik iftar dan kambing panggang adalah antara juadah yang wajib dicuba apabila berada berbuka di sini.


Tags / Kata Kunci: Parkroyal , iftar , bubur , Chatz Brasserie

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan