Nook@Aloft Fahami Selera Aneka Masakan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 8:00 AM

Nasi hujan panas antara keistimewaan untuk hidangan berbuka puasa.

(Ubah saiz teks)

BARISAN chef profesional dan berpengalaman menjanjikan keenakan hidangan terutama mereka yang agak cerewet memilih tempat untuk berbuka puasa.

Sesuai untuk pasangan, berkeluarga mahupun bersama teman-teman, bufet Ramadan di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral pastinya membawakan anda masakan Malaysia yang disediakan oleh chef profesional dan berpengalaman.

Chef Adri bersama kumpulannya menawarkan pelbagai jenis hidangan dari tradisonal masakan Melayu, India dan Cina serta Barat.

Hidangan bertaraf bintang di Nook sudah tentunya daging kambing panggang kuzi yang lengkap sekiranya dijamu bersama nasi bryani.

Bukan sekadar menumpukan hidangan utama semata-mata, tetapi anda juga boleh menikmati pelbagai jenis sup, salad, roti, pembuka selera dan pencuci mulut.


Buat penggemar makanan laut, inilah masanya anda untuk merasai pelbagai jenis hidangan yang boleh dipilih, malah turut disediakan hidangan sushi yang mementingkan kesegaran sepanjang masa.

Bagi mereka yang belum pernah mendengar nasi hujan panas, ayuh datang ke sini untuk merasai kelainan yang tidak akan mengecewakan.

Dengan ramuan antaranya buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis, keharuman nasi hujan panas tidak dapat ditahan lagi.

Hidangan utama lebih lengkap sekiranya disertakan dengan pelbagai masakan seperti ikan, ayam, daging, udang dan sotong.

Menu betis lembu rendang pula disajikan seperti daging salai yang dipotong halus tetapi isinya cukup pejal dan yang penting tidak keras atau kenyal untuk dimakan.

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral turut memahami selera pengunjung yang mengidamkan makanan di bazar Ramadan seperti ayam percik yang dimasak cukup istimewa dengan ramuan chef berpengalaman.

Antara tarikan lain di sini ialah sambal udang petai, ais kacang, pengat pisang dan ‘bread and butter pudding’ pastinya membuat anda cukup berpuas hati.


Jangan lupa untuk merasai keenakan Laksa Sarawak yang berkrim, masam dan berempah semuanya secukup rasa. Sate ayam dan daging turut tidak terkecuali dihidangkan untuk bufet Ramadan di sini.

Dengan pelbagai aneka masakan Malaysia pilihan barisan chef berpengalaman, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral memahami selera anda menerusi tawaran bufet Ramadan berharga RM110 nett seorang untuk tempahan dari 22 Jun sehingga 16 Julai.

Maklumat lanjut boleh berkunjung ke Nook yang terletak di aras satu Aloft Kuala Lumpur Sentral atau menghubungi +603 2723 1154 dan emel ke nook.03758@alofthotels.com.mail to nook.03758@alofthotels.com.

Tags / Kata Kunci: Nook , Aloft Kuala Lumpur Sentral

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan