Kerutuk Salmon

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 7:00 AM

Kerutuk Salmon.

(Ubah saiz teks)

KERUTUK adalah antara masakan istimewa di Kelantan. Kebiasaannya, isi ayam, itik serati atau daging menjadi pilihan untuk hidangan ini. Namun, untuk kelainan apa kata cuba kerutuk salmon yang pastinya menambah selera anda.

BAHAN-BAHAN:

½ ekor ikan salmon

½ biji lemon-perah

Garam

2 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

Gula dan garam

Minyak


KUAH KISAR: 

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

4 cm halia

4 cm lengkuas

3 sudu besar serbuk kerutuk

4 sudu besar sos tomato


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

2. Masukkan garam dan gula.

3. Tuangkan santan dan biarkan mendidih sehingga pekat. Masukkan pula kerisik. 

4. Masukkan gula dan garam.

5. Perahkan lemon pada salmon dan taburkan sedikit garam.

6. Bungkus dengan gulungan aluminium dan kukus 10 minit sahaja.

7. Tuangkan kuah kerutuk.


Tags / Kata Kunci: Kerutuk Salmon

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan