suria

Ayam Neraka Juadah Istimewa Iftar Kafe Permai

Fazan sedang memasak menu ayam neraka yang menjadi tarikan utama Kafe Permai, Pengkalan Chepa pada Ramadan.

KOTA BARU: Gerai makan di sini mempromosikan resipi ayam yang dinamakan Ayam Bakar Tin Sujiha atau Ayam Neraka untuk menambat selera umat Islam ketika berbuka puasa.

Resipi dari Dabong, Kuala Krai ini telah lama dilupakan di kalangan penduduk tempatan, kecuali Fazan Yusof, 44 yang berkebolehan mendapatkan pati ayam apabila ia dimasak dalam tin yang ditanam dan ditimbus dengan arang.

"Ayam itu terlebih dulu diperap menggunakan ramuan rahsia campuran herba dan rempah sebelum dimasak dalam tin menggunakan arang.

"Dengan cara ini, isi ayam lebih lembut, manakala rasa enaknya tidak dapat disangkal," katanya ketika ditemui di gerainya - Kafe Permai, Pengkalan Chepa kira-kira sembilan kilometer dari sini.

Katanya, kaedah masakan tradisional ini diwarisi daripada datuknya itu lebih mudah tetapi beliau mengambil inisiatif untuk mengubahsuainya.

"Kawan-kawan sukakan aroma dan rasanya yang lazat dan kini mereka menjadi pelanggan tetap saya," katanya.

Katanya, sekurang-kurangnya 20 ayam dimasak menggunakan kaedah itu selama tiga jam dan dijual pada harga antara RM20 hingga RM25 mengikut saiz serta sos.

Artikel Lain