Pakej Umrah Tarikan Cahaya Ramadan@PWTC

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 8:00 AM

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah Jaafar (kiri) dan Eksekutif Chef PWTC Suzaini Mohamed Salih (kanan) menunjukkan hidangan kambing golek pada majlis merasai juadah berbuka puasa sempena Ramadan.

(Ubah saiz teks)

JIKA juadah bufet Ramadan suatu kebiasaan sepanjang bulan mulia ini, berlainan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila memilih untuk menawarkan pakej umrah kepada pelanggannya.

Bagi yang memilih untuk iftar di Cahaya Ramadan@PWTC, mereka berpeluang memenangi pakej umrah untuk dua orang.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu kreatif melengkapkan slogan yang diberikan.

Bukan itu sahaja, PWTC juga menawarkan lebih 250 juadah, termasuk 20 berkonsepkan warung.

Selain itu ulam-ulaman, dua jenis salad, 13 kerabu, 14 sambal dan perisa serta 12 jenis hidangan panas seperti nasi putih, nasi minyak, udang goreng, dan ayam masak tomato turut disajikan khas sepanjang bulan ini.

PWTC juga menyediakan warung "Carving station' yang menyediakan kambing yang akan dipanggang pada setiap hari dan akan dihidangkan bersama sos lada hitam serta sos cendawan.

Menurut Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih, kambing panggang merupakan hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan bagi bulan Ramadan setiap tahun.

"Kambing panggang merupakan hidangan yang perlu ada setiap kali bulan Ramadan dan menjadi kegemaran orang ramai yang berbuka puasa di sini.

"Apa yang berbeza mengenai kambing panggang kami ialah isinya adalah lebih lembut kerana cara kami memeram daging kambing itu berbeza dengan tempat lain," kata Suzaini.

Bagi hidangan pencuci mulut, terdapat pelbagai kuih-muih dan manisan yang disediakan untuk pelanggan dan terdapat lapan jenis kuih-muih Melayu, lima kek, tiga jenis bubur manis, serta aneka biskut, jelly, dan juga puding.

Pelanggan yang berbuka puasa di PWTC juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada Isma AF yang akan diiringi Kumpulan Ghazal Asli Sri Mawar.

Cahaya Ramadan@PWTC bermula pada 18 Jun sehingga 15 Julai daripada pukul 7 sehingga 10 malam dengan harga RM80 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh berkunjung ke kaunter tempahan bufet Cahaya Ramadan atau menghubungi 03-26146701 untuk maklumat lanjut.

Tags / Kata Kunci: PWTC , Cahaya Ramadan , umrah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan