suria

Puding Rondo

PUDING rondo berwarna-warni bakal menceriakan aktiviti berbuka puasa anda bersama rakan-rakan dan orang tersayang.

Bahan A

15 gm agar-agar serbuk
2 pewarna
1 tin susu cair
1 cawan gula
3 cawan air

Bahan B

1 tin buah pic/laici/nanas

Bahan C

15 gm agar-agar serbuk
1 cawan gula
5 cawan air

Cara Penyediaan

1. Satukan bahan A  dan masak sehingga mendidih.
2. Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan. Biarkan ia keras.
3. Buah pilihan anda sebaiknya dipotong kecil. 
4. Setelah bahan A tadi keras, potong dan masukkan dalam loyang bersama buah. 
5. Satukan bahan C dan masak sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam loyang berisi agar-gara berwarna dan buah.


Artikel Lain