Bazar Ramadan Moden Di Grand BlueWave Shah Alam

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 8:00 AM

Mee Udang Sado menjadi antara sajian yang wajib dicuba jika berbuka puasa di Hotel Grand BlueWave Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

SETIAP kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan pastinya menjadi destinasi yang wajib dikunjungi untuk membeli juadah berbuka.

Umpama one-stop center, kunjungan ke bazar Ramadan tentu sekali membuatkan anda rambang mata dengan pelbagai juadah sama ada kuih muih, minuman hinggalah ke sajian makanan utama seperti nasi dan lauk-pauk.



Siapa sangka ‘keseronokan’ berkunjung ke bazar Ramadan yang biasanya penuh sesak boleh dirasai dalam suasana yang lebih tenang dan selesa.

Mengambil konsep bazar Ramadan, Hotel Grand BlueWave Shah Alam tidak ketinggalan menyediakan promosi berbuka puasa dengan menyediakan lebih daripada 250 jenis makanan.

Menariknya, setiap kedai yang dibuka mempunyai tema tersendiri dengan pelbagai jenis hidangan meliputi juadah tradisional, antarabangsa, BBQ dan 'makanan gerai’.



Menerusi Promosi Sinar Ramadan 2015, Restoran Royale Songket di Hotel Grand BlueWave Shah Alam menyediakan beberapa sajian istimewa yang perlu dicuba khususnya mee udang sado, kambing golek, kebab Turki serta ayam golek percik.

Selain itu buat pertama kali, Hotel Grand BlueWave Shah Alam turut memperkenalkan menu istimewa terbaharu sempena Ramadan kali ini iaitu ais krim pukat.

Menurut Ketua Chef, Shumizan Muhammad Ali, ais krim pukat ialah gabungan makanan tradisional Melayu iaitu roti jala dengan ais krim.



Bagi yang berminat untuk merasai kelainan berkunjung ke bazar Ramadan berhawa dingin, Restoran Royale Songket di Hotel Grand BlueWave Shah Alam menawarkan pakej berbuka puasa bermula dari RM70 hingga RM170 seorang.

Lebih menarik, sempena promosi awal Ramadan, hotel ini menawarkan pakej serendah RM58 hingga RM90 seorang bermula 1 hingga 10 Ramadan bersamaan 18 hingga 27 Jun.
Tags / Kata Kunci: Grand BlueWave Shah Alam

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan