Ayam Carik Lada Hitam - Jamu Selera | mStar

Ayam Carik Lada Hitam

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

AYAM carik lada hitam sesuai untuk mereka yang gemar berbuka puasa dengan nasi dan lauk kering/tidak berkuah. Juga sesuai untuk bersahur. Lebih nikmat jika dimakan bersama nasi panas!


Bahan A

2 ketul dada ayam
1  helai daun pandan
2 cawan air kelapa

Bahan Kisar Kering

1 sudu besar lada hitam
 1 labu bawang besar
Sedikit belacan
4 cm lengkuas muda

Bahan C

2 sudu besar kerisik
Gula dan garam


Cara Penyediaan

1. Satukan bahan A dan rebus sehingga masak. Toskan.
2. Carik isi ayam dan jika ada lebihan air rebusan ditapis.
3. Satukan air rebusan, isi ayam dan bahan-bahan lain dalam kuali.
4. Kacau sehingga kering.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan