suria

Roti Lapis

JIKA anda mempunyai lebihan roti yang dimakan ketika sahur atau roti yang sudah hampir tarikh luput, jangan terus dibuang kerana ia boleh digunakan untuk memasak menu istimewa pencuci mulut.

Bahan Inti

2 cawan daging/ayam kisar
2 labu bawang besar-dadu
4 biji tomato-dadu
1 cawan cendawan hitam-dadu
2 cubit lada hitam
Garam dan gula
½ cawan sos cili
Mentega

Bahan Lain

Roti keping
Susu segar/susu cair
4 biji telur
4 sudu besar mentega


Cara Penyediaan

1. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang hingga layu.
2. Kemudian masukkan daging ataupun ayak kisar, bersama bahan inti yang lain. Tumis sehingga kering. Ketepikan.
3. Ambil bekas, satukan susu segar ataupun susu cair, dan pukulkan telur serta mentega. Kalau susu segar tu belikan satu kotak besar. Kalau susu cair  dua tin.
4. Susun roti selapis ataupun dua lapis  tapi rapat dalam loyang. Tuangkan sebahagian adunan susu. Biarkan ia menyerap. Tuangkan semua inti di tengahnya.
5. Lapiskan lagi dengan roti menutupi inti. Tuangkan lebihan bancuhan susu. Tak apa kalau semuanya tenggelam. Itu sebabnya loyang anda gunakan mesti tinggi.
6. Bakar pada suhu 190 selsius selama sejam. Setelah setengah jam, perhatikan agar lapisan atas tidak hangus, dan kalau mula hangus gunakan api bawah sahaja setelah setengah jam dibakar.
7. Kalau anda guna loyang kecil, susu segar tidak perlu guna yang kotak besar. Cukup yang sedang dan kalau anda guna susu cair cukup satu tin. Telur tak apa kalau digunakan lebih pun sebab ia mengikat adunan menjadi lebih padu.


Artikel Lain