AnCasa Hotel Jamu 120 Menu Selera Desa

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 8:00 AM

Ulam-ulaman dan sambal pasti menambat citarasa pelanggan pada Ramadan ini di AnCasa Hotel.

(Ubah saiz teks)

SELERA Desa yang dihidangkan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menjanjikan bufet masakan Melayu asli yang pasti membuatkan anda mengimbau kenangan manis suasana menikmati hidangan di kampung halaman sendiri.

Mempersembahkan hidangan bufet masakan Melayu asli ala kampung, lebih 120 menu disediakan, termasuk beberapa juadah yang akan dimasak secara langsung seperti cucur udang, apam balik, nasi kerabu dan sate.

Chef masakan Melayu, Mariam Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Makcik Mariam akan mempamerkan koleksi hidangan tradisional Melayu yang dimasak mengikut resepi-resepi asli.

Menurutnya, masakan tradisional Melayu dipilih sebagai konsep bagi Ramadan tahun ini kerana ia menjadi pilihan ramai.

"Masakan kami lebih kepada menu kampung dan konsep ini dipilih  kerana orang ramai lebih meminati masakan yang mengandungi ulam-ulaman dan sambal pada Ramadan.

"Bagi Ramadan ini, kami memilih beberapa juadah masakan terkenal daripada beberapa negeri seperti masakan ayam opor dari Pahang, gulai kawah dari Terengganu, serta nasi kerabu dari Kelantan.

"Asam pedas yang menjadi kegemaran pengunjung tetap di sini turut dihidangkan," katanya.

Asam pedas merupakan antara masakan Makcik Mariam yang terkenal dan sering dinantikan pelanggan yang menjamu selera dan berbuka puasa di AnCasa Hotel.

"Apa yang menarik mengenai asam pedas Makcik Mariam ialah kelainan rasanya kerana ia tidak terlalu pedas, kuahnya pekat, dan kami menggunakan lebih daripada satu jenis ikan," katanya.

Tahun ini, masakan yang terkenal di negeri Terengganu iaitu gulai kawah yang dihidangkan bersama nasi briyani akan menjadi salah satu hidangan utama.

Untuk menghasilkan gulai kawah yang menarik dan rasa yang lebih sedap, Makcik Mariam menggunakan rempah-ratus yang dibawa dari Terengganu untuk mengekalkan keaslian rasanya.

"Kami akan menggunakan rempah-ratus dari Terengganu untuk memasak gulai kawah kerana cara pembuatan rempah adalah betul dan sukatannya juga lebih tepat.

"Gulai kawah merupakan campuran limpa, hati, daging, dan juga perut jadi kualiti masakannya perlu dijaga," katanya lagi.

Antara lauk lain yang menjadi juadah istimewa sepanjang Ramadan ini adalah rendang itik yang dimasak menggunakan cara Minang, sekali gus membuatkan hidangan tersebut sangat menarik.

"Rendang itik di sini dimasak menggunakan cara minang dan ia menjadikan rendang yang dimasak itu lebih pekat dan kehitaman.

"Kerisik  dan rempah buatan sendiri adalah keistimewaan pada menu ini ," kata Mariam lagi.

Selain itu, pencuci mulut merupakan antara tarikan di AnCasa Hotel di mana Chef Syukri Harun bertanggungjawab mengendalikan bahagian ini dengan lebih 150 jenis.

Antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran pelanggan ialah 'bread butter puding', AnCasa Cheese Cake, dan kek coklat.

Cheese cake merupakan atara tarikan utama di hotel ini kerana kelembutan kek tersebut dan rasanya yang dapat memenuhi citarasa ramai. 

Kata Syukri, penggunaan cheese yang berkualiti penting dalam pembuatan kek ini kerana ia memberi kesan kepada rasa dan kelembutan kek tersebut.

"Untuk membuat cheese cake ini, saya menggunakan keju istimewa dari Amerika dan ia halal.

"Saya memilih keju Amerika kerana baunya tidak terlalu kuat dan rasanya juga tidak terlalu muak," katanya.

Selain menghidangkan pencuci mulut berkonsepkan kebaratan, 16 jenis kuih-muih tradisional Melayu termasuk jeli kelapa yang akan dibuat khas pada bulan Ramadan tahun ini turut dihidangkan.

Bufet Ramadan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur akan bermula 22 Jun sehingga 12 Julai dan ia ditawarkan pada harga RM65 bagi dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Pelanggan yang membuat tempahan lebih awal akan menerima vaucer sebanyak RM30.



Tags / Kata Kunci: AnCasa Hotel , Selera Desa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan