Essense Sheraton Imperial Kekalkan Konsep Bufet Ramadan 100 Meter

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 11:43 PM

(Ubah saiz teks)

BAGI penggemar masakan berempah asli dari Asia Tenggara, Restoran Essense Sheraton Imperial Kuala Lumpur pastinya  menjadi pilihan menjelang Ramadan ini.

Kali ini Restoran Essense mempersembahkan hidangan 'Tales of Nusantara' yang menyediakan sajian terkemuka daripada beberapa negara di Asia Tenggara bagi pelanggan yang berhasrat berbuka puasa di hotel berkenaan.

Eksekutif Sous Chef, Kamaruddin Adnin berkata, Restauran Essense mengutamakan masakan tradisional Asia Tenggara yang perlu dimasak dengan teliti.

"Kami mementingkan masakan Asia dan tempatan kerana ia banyak menggunakan rempah-ratus dan juga herba yang membuatkan hidangan tersebut lebih menarik," katanya.

Restoran Essense yang terkenal dengan hidangan bufet sepanjang 100 meter itu kini melanjutkan lagi panjang hidangannya kepada 120 meter dengan menghidangkan sebanyak 210 sajian makanan daripada Malaysia, India, Arab, China, Vietnam, Indonesia, Singapura dan Itali.

Antara hidangan yang menjadi sajian istimewa Ramadan kali ini adalah nasi Mandy berserta daging panggang, ikan bakar, cili ketam Singapura serta lagan ki boti.

Kata Chef Kamaruddin, nasi Mandy yang dihidangkan di situ berbeza berbanding di tempata lain kerana ia dimasak bersama sos cili, cendawan, kayu manis, serta sedikit rempah untuk menaikkan bau dan keenakan nasi tersebut.

Sate Paiman yang merupakan menu hidangan dari Indonesia merupakan salah satu menu menarik yang disediakan di Restoran Essense. Kelainan sate ini pula kerana ia dicelup dengan kicap manis sebelum dibakar, sekali gus menambahkan lagi perisa pada hidangan itu.

Selain itu, hidangan yang dinantikan pelanggan setiap tahun seperti asam pedas yang disediakan mengikut permintaan pelanggan dan juga nasi beriyani.

'Tale Of Nusantara' akan mempersembahkan tiga menu berbeza setiap hari sebagai tarikan kepada pelanggan untuk berbuka puasa di situ.

Orang ramai yang ingin merasai keenakan nasi Mandy juga boleh membelinya pada harga RM15, bermula pukul 4 petang sehingga 6 petang.

Restauran Essense menawarkan harga RM138 kepada orang ramai yang ingin menikmati juadah berbuka puasa di Sheraton Imperial dengan tawaran harga serendah RM90 diberikan kepada orang ramai yang membuat tempahan sebelum 17 Jun ini.

Orang ramai yang berminat untuk berbuka puasa di Restauran Essense boleh menghubungi 03-27179900 untuk tempahan.




iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan