Daging Pandan

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

INGINKAN hidangan berasaskan daging untuk juadah berbuka puasa, apa kata cuba resipi daging pandan ini. Aroma daun pandan dan rempah yang ditumbuk pastinya membangkitkan lagi selera anda seisi keluarga.

BAHAN SAMBAL

5 labu bawang besar-hiris
1 sudu besar jintan manis-tumbuk
1 cawan cili kering kisar
6 helai daun pandan-potong 4
5 cm halia-hiris
Minyak
Gula dan garam

BAHAN DAGING

1 kg daging batang pinang

CARA MENYEDIAKAN

1.Rebus daging hingga empuk.

2. Kemudian hiris nipis dan siat-siatkan.

3. Goreng daging separuh garing dan ketepikan.

4. Kemudian dalam kuali tumis bawang besar sehingga kuning.

5.Masukkan bahan-bahan lain dan tumis sehingga pecah minyak.

6.Masukkan daging, gaul sehingga sebati.


Tags / Kata Kunci: daging pandan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan