Menu Air Tangan Ibu Tarikan Restoran Soi23 Pacific Regency

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 8:00 AM

Kurma Kambing.

(Ubah saiz teks)

VARIASI masakan tradisi adalah keunikan Malaysia yang sukar ditandingi negara lain. Tentunya, sepanjang Ramadan ramai penggemar masakan kampung akan berpusu-pusu mencari lokasi berbuka puasa yang menghidangkan menu yang boleh menambat selera ketika berbuka puasa.

Malahan, ada di kalangan pelancong yang berkunjung ke negara ini semata-mata untuk menikmati masakan tradisional yang  popular di negara ini.

Bagi sesiapa sahaja yang ingin mengubati kerinduan menikmati masakan tradisi ketika berbuka puasa, bolehlah mengunjungi Restoran Soi23, Hotel Pacific Regency, di ibu negara dan lebih baik jika tempahan awal dibuat supaya tidak kecewa di saat akhir.

Ketua Chef Restoran Soi23, Zairul Effendi ketika ditemui mStar Online berkata, resepi ibunda menjadi pilihan kali ini bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung menerusi tema Memori Selera Desa.

"Saya akan menyediakan pelbagai jenis masakan tradisi untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan dan resepi ibu saya akan menjadi sumber inspirasi dalam setiap masakan," katanya.

Kari ikan tenggiri

Zairul percaya semua hidangan yang disediakan bakal meninggalkan kesan mendalam kepada pengunjung restoran kerana keistimewaan  rempah ratus yang digunakan untuk menambah kelazatan setiap juadah.

"Cara penggunaan rempah ratus tidak sama seperti restoran yang lain kerana saya menggunakan resepi ibunda saya," jelasnya.

Anak jati kelahiran Perak itu berkata, lebih 300 masakan untuk juadah berbuka puasa, selain menu istimewa pada setiap Jumaat sepanjang bulan mulia itu pasti menarik minat pengunjung.

"Saya cuba untuk mempelbagaikan jenis masakan dan makanan kerana  tidak mahu pengunjung bosan dengan masakan yang sama, jadi saya sediakan lebih 300 jenis masakan.

"Malah, setiap masakan akan dihidangkan secara bergilir setiap minggu," katanya yang menetapkan lapan hidangan utama Ramadan, antaranya kambing masak kurma, udang sambal petai, kambing bakar dan ayam masak lemak.

Selain itu, 20 jenis kerabu juga bakal menambat selera pengunjung  seperti kerabu udang, kerabu sotong dan kerabu mangga.

Chef Zairul turut berkongsi cerita mengenai keistimewaan laksa Johor apabila beliau sendiri 'berguru' dengan tukang masak dari negeri di selatan tanahair.

"Tidak semua orang boleh memasak laksa Johor dengan sempurna serta mengekalkan rasanya dan bagi peminat hidangan ini silakan berkunjung ke Restoran Soi23 kerana ia tidak akan mengecewakan anda," katanya.

Ketika ditanya mengenai minuman yang menjadi keutamaan sepanjang Ramadan, Chef Zairul berkata, air Kathira menjadi pilihan kerana ia hasil gabungan pelbagai bahan yang menjadikan ia sebagai minuman berkhasiat dan sesuai diminum pada bulan puasa.

"Juadah berbuka puasa tidak akan bermakna sekiranya tidak disertakan dengan air Kathira, malah minuman tersebut digemari pengunjung di restoran kami semasa Ramadan.

"Buah Kathira merupakan bahan istimewa, selain herba yang boleh memberi khasiat kepada badan," tambahnya.

Pengunjung Restoran Soi23 juga berpeluang menikmati pelbagai jenis pencuci mulut serta buah-buahan tempatan seperti cendol, ais batu kacang, puding roti, kek coklat dan sebagainya.

"Mungkin restoran lain turut menghidangkan masakan sama tetapi di Restoran Soi23, kami menyediakan masakan tradisi dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia yang asli berbanding tempat lain.

"Bagi yang merindui juadah desa dan tidak dapat pulang ke kampung, Restoran Soi23 adalah tempat yang tepat untuk dikunjungi sepanjang Ramadan ini," katanya.   

Pada harga RM103 untuk dewasa, manakala RM59 untuk kanak-kanak dan warga emas, tentunya ia dapat memuashkan hati setiap pengunjung. Bagaimanapun, kepada pelanggan yang membuat tempahan awal bermula 15 April sehingga 31 Mei 2015 akan ditawarkan harga promosi RM79. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2332 7777.  



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan