Rendang Lemak Pahit - Jamu Selera | mStar

Rendang Lemak Pahit

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

AYAM dan daging sinonim dengan masakan rendang. Namun apa kata kali ini ubah selera anda dengan mencuba resipi rendang lemak pahit. Menu ini lebih menyihatkan apabila pucuk betik yang terkenal dengan khasiatnya digunakan sebagai bahan utama dalam hidangan ini.

BAHAN

Pucuk betik-rebus dan hiris kasar
Bunga betik-rebus
Jering-hiris kasar
1 cawan kerisik
1 jag santan 
Gula dan garam
2 keping asam gelugur

BAHAN KISAR

2 labu bawang besar
3 batang serai
5 cm kunyit hidup
Segenggam ikan bilis

CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan bahan kisar dengan santan dalam kuali.

2. Masukkan semua bahan kecuali kerisik. Rendang sehingga kering. 

3. Akhir sekali masukkan kerisik, gula dan garam.


Tags / Kata Kunci: rendang lemak pahit
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan