suria

Popia Nasi Lemak Menunggu Di KLCC

Cef Richmond Lim sibuk menyiapkan menu khusus untuk hidangan sepanjang Ramadan di KLCC.

KUALA LUMPUR: Popia nasi lemak bakal menjadi tarikan istimewa sebagai antara menu Ramadan yang boleh dinikmati di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Chef Eksekutif KLCC, Richmond Lim, hidangan tersebut berupa hasil kreativiti cef mereka untuk umat Islam berbuka puasa nanti.

"Ia dihidangkan bersama kulit popia dan ditambah dengan udang kering bagi menaikkan rasa hidangannya.

"Hidangan kreatif ini adalah hasil cetusan idea Pembantu Chef Masakan Melayu kami iaitu Cef Amir Mohamad dan ia adalah antara menu terbaharu yang akan dihidangkan pada Ramadan kali ini," katanya kepada Bernama.

Bersesuaian dengan tema hidangan 'Kampung Dalam Bandar Raya' seperti tahun lepas, menu turut menyediakan tambahan beberapa menu lain seperti gulai kawah dan laksa lemak daging tetel atau laksa nyonya.

"Di Stesen Aksi Chef' pula, kami menyediakan juadah kegemaran ramai seperti mee goreng mamak, kuetiau goreng Pulau Pinang, nasi ayam hainan, laksa asam, roti bom serta sajian istimewa hari raya seperti rendang tok, nasi impit, sate dan ketupat," kata Richmond.

Beliau berkata, bagi penggemar pelbagai aneka gorengan, ia antara lain merupakan pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor dan pencuci mulut seperti kuih-muih, kek dan buah.

Bagi pelanggan yang bercita rasa antarabangsa, mereka boleh menikmati  kambing panggang Hyderabad bersama nasi beriani Pakistan, pita kebab Arab daging cincang, ikan bakar, pasta Itali dan makanan laut Thai, katanya.

Segala hidangan ini boleh dinikmati pada pakej RM115 bagi seorang dewasa dan  RM57.50 bagi kanak-kanak.

Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh dihubungi di talian 603-2333 2866 atau 603-2333 2877. -- Bernama

Artikel Sebelum

Salad Rampai

Artikel Berikut

Artikel Lain