Gamitan Menyelerakan Restoran Udang Galah LC

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 2:46 PM

Pelbagai menu berasaskan udang galah sentiasa menarik perhatian ramai di Rompin.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Kepenatan memandu hampir lima jam dari Kuala Lumpur ke daerah ini hilang sebaik sahaja melangkah masuk ke  Restoran Udang Galah LC di Taman Sentosa di sini.

Kepelbagaian menu berasaskan udang galah ditawarkan restoran tersebut sudah pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur untuk menikmatinya.

Walaupun baru lebih setahun beroperasi, restoran itu tetap meniti di bibir pelanggan kerana kelainan dalam kebanyakan  hidang udang galah yang disajikan di premis lain.

Pemilik restoran tersebut, Rohainee Othman, 44, berkata restoran tersebut memberikan pilihan kepada pelanggan di sekitar bandar ini untuk menikmati menu yang sama seperti disajikan di 'Gerai Makan Mak Ngah' yang terletak di Leban Chondong.

"Restoran ini boleh dikatakan cawangan kedua selepas di Leban Chondong. Bagi sesiapa berada di sekitar bandar dan  inginkan rasa masakan yang sama seperti di Leban Chondong, mereka akan datang ke sini.

"Jadi pelanggan tetap makcik sudah ada dua pilihan untuk menikmati udang galah. Dulu saya bantu mak berniaga semasa berusia 12 tahun sehinggalah hari ini legasi ini diteruskan bersama anak-anak," katanya ketika ditemui mStar Online di kedai tersebut baru-baru ini.

Rohainee berkata istimewaan restoran tersebut adalah pelanggan boleh memilih udang galah segar mengikut gred yang ingin dimasak.

Malah, katanya, berbeza dengan restoran lain, beliau akan memasak sendiri hidangan yang diingini pelanggan seperti masak sambal tomato, lemak cili, sambal petai, lemak tempoyak, goreng kunyit dan stim.

"Hidangan di sini berbeza dengan yang lain kerana  ia daripada air tangan mak cik sendiri. Mak cik memang suka memasak, rasa puas apabila kita dapat lihat pinggan hidangan licin," katanya yang turut dibantu dua tukang masak.

Menurutnya, harga udang galah juga berbeza mengikut gred yang mana gred A++ berharga RM90 sekilogram, manakala gred A pula RM80 selepas dimasak.

"Udang galah gred B++ pula berharga RM75 sekilogram selepas dimasak dan gred B RM80. Udang galah yang mentah turut dijual di sini.

"Pelanggan terlebih dahulu memilih udang mengikut saiz dan bilangan yang mereka inginkan sebelum ditimbang dan ditentukan harga sebelum dimasak," katanya.

Anak kelahiran Rompin itu berkata, pelanggan tidak mempersoalkan harga hidangan tersebut kerana berpuas hati dapat menikmati udang yang besar dan segar.

"Mereka tidak pernah merungut harga masakan di sini mahal. Rata-rata berpuas hati dan merasakan ia berbaloi dengan wang yang dibelanjakan," katanya.

Beliau berkata, selain menjadi tumpuan pengunjung di luar Rompin, restorannya pernah dikunjungi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan beberapa artis terkemuka negara.

Menyedari Rompin akan dibanjiri petugas media dan orang luar sempena PRK kali ini, Rohainee memberitahu dia menyimpan kira-kira 100 kilogram (kg) udang galah untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Saya baharu sahaja ambil stok udang galah pada Selasa lalu tapi sekarang sudah tinggal sedikit. Sehari boleh habis sampai 30kg. Permintaan agak tinggi sehingga saya tidak 'menang' tangan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, restoran tersebut turut menyediakan sajian istimewa, nasi goreng udang galah dan mi udang galah yang dihasilkan menggunakan resipi keluarga pada harga antara RM15 dan RM25 mengikut saiz udang galah.

Restoran turun-temurun yang diwarisi daripada ibunya itu beroperasi pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.



iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan