Si Sepit Biru 'Goda' Pengunjung PRK Rompin

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ibarat membawa tuah kepada Wan Rosdi Wan Zakari, peniaga 'si sepit biru' Sungai Rompin, spesies hidupan air tawar yang popular di daerah ini.

Manakan tidak, setiap pengunjung luar dan petugas media yang membuat liputan untuk PRK ini, seperti tidak lengkap tanpa membeli atau menikmati hidangan ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali menjejak kaki ke sini, sama seperti penulis.

Wan Rosdi, 26, (gambar)berkata, sepanjang tempoh PRK ini permintaan terhadap 'si sepit biru' iaitu udang galah sentiasa meningkat terutamanya 'udang galah hidup' gred A.

"Pada Khamis baru-baru ini, rumah saya didatangi sebuah bas dan beberapa pegawai dari Terengganu. Mereka beli 5 hingga 6 kilogram (kg) seorang.

"Hari tersebut saya berjaya jual sehingga 30kg udang galah gred A terutamanya yang masih hidup. Ada yang hubungi saya untuk buat tempahan lebih awal," katanya ketika ditemui mStar Online di kediamannya di Kampung Sabak Feri pada Khamis.

Jelas Wan Rosdi, udang galah Sungai Rompin sentiasa menjadi bualan ramai kerana isinya pejal, manis dan boleh kekal segar sehingga 20 hari jika disejukbekukan.

"Isinya berbeza dengan udang galah yang lain... apabila dimasak isinya tetap sama tidak mudah kecut dan manis," katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata udang galah hidup gred A berharga RM90 sekilogram manakala RM80 bagi gred B.

"Bagi sekilo udang gred A, pelanggan boleh dapat 5 ekor dan gred B kira-kira 25 ekor," katanya yang mendapat bekalan udang galah mentah daripada nelayan di sekitar Muadzam Shah.

Wan Rosdi berkata bekalan udang galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii boleh didapati dengan mudah antara bulan 11 dan 12 kerana ia merupakan musim spesies tersebut.

"Pada waktu itu, spesies ini senang diperolehi kerana musimnya. Jadi tidak hairanlah ramai yang berkunjung ke Rompin semata-mata untuk menikmati keenakan hidangan berasaskan udang galah ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai harga hidupan spesies air tawar semasa PRK ini, Wan Rosdi berkata walaupun ada sesetengah peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga, dia tetap menjualnya pada harga yang sama.

"Harga saya tak naik... tiada alasan untuk saya naikkan harga kerana saya hanya membantu mempromosikan udang galah yang menjadi punca pendapatan nelayan di sekitar kampung ini," katanya.

Beliau berkata udang galah boleh dimasak sambal tumis petai, masak lemak cili api, tomato dan goreng kunyit selain dibuat mi udang.

Walaupun rumahnya tidak putus-putus menerima bekalan udang galah, Wan Rosdi berkata, dia tidak pernah terliur untuk menikmatinya kerana sudah jemu disajikan dengan hidangan tersebut sejak kecil.

Tags / Kata Kunci: Udang Galah , PRK Rompin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan