Mi Kuah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

HIDANGAN berasaskan mi antara menu yang mudah disediakan bagi anda yang berhasrat untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Jadi, apa kata cubalah resipi mi kuah yang enak ini.


Bahan-bahan:

Sebungkus mi kuning

4 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

2 sudu besar cili giling

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

3 sudu besar kicap manis

Beberapa ekor udang

2 biji telur

Sawi

Beberapa ketulan isi ayam

Fish cake

2 biji tomato

2 sudu besar udang kering

sebiji cili merah

Gula

Garam

Limau nipis


Cara Penyediaan:


Rendam mi sekejap dalam air panas dan toskan.

Tumbuk bawang merah dan udang kering.

Ketuk bawang putih.

Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.

Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bahan tumbuk dan cili giling.  Biar sampai wangi.

Biarkan seketika, kemudian masukkan sos-sos dan kicap.

Masukkan ayam dan juga udang serta air. Biar sampai mendidih.  

Pecahkan telur sebiji-sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, serta fish cake, sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi.

Sebelum diangkat masukkan mi kuning.

Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.
Tags / Kata Kunci: mi kuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan