Air Jagung - Jamu Selera | mStar

Air Jagung

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUT saja air jagung, pasti ramai yang menggemarinya. Rasanya yang lemak-lemak manis dan diminum sejuk pastinya akan menyegarkan tekak anda.


Bahan-bahan:

1/2 cawang pati minuman jagung

400ml air

Gula secukup rasa

1/2 tin jagung dalam tin

1 tin susu cair

2 camca besar susu pekat manis 

Ais kiub 


Cara Penyediaan:


Masak air bersama gula, satu kole air dimasak dengan 7 camca besar gula, masak hingga larut. 

Tambah pati minuman perisa jagung secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.

Masukkan susu cair dan jagung dalam tin, kacau dan tutup api. 

Tambah susu pekat manis dan kacau rata. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama ais kiub.

Boleh ditambah ais krim perisa vanilla jika suka.


Tags / Kata Kunci: air jagung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan