Mi Goreng Ayam

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

BAGI penggemar mi goreng, apa kata cuba resipi ini yang bukan saja enak tetapi mudah disediakan. Hidangan ini sesuai disediakan bagi anda yang berhasrat untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri.


Bahan-bahan:

1 paket mi kuning

1 ulas bawang besar* 

3 ulas bawang putih*

sedikit cili kering*

1 ulas kiub ikan bilis maggie

1 ketul dada ayam dihiris 

1 paket fish ball - goreng dipotong 4

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram 

2 genggam taugeh

sedikit myk - untuk menggoreng

sedikit garam dan perasa


Cara Penyediaan:

Kisar bahan bertanda. Panaskan minyak. 

Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.Tumis sehingga naik bau.

Masukkan sos cili, kiub ayam dan sos tiram. Kacau sehingga semua bahan sebati.

Masukkan ayam, bebola ikan goreng, garam dan perasa. Kacau lagi.

Masukkan mi kuning. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan taugeh.

Kacau rata kesemua bahan dan angkat.

Tags / Kata Kunci: mi goreng ayam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan