suria

Kari Udang

BAGI yang masih terfikir-fikir menu yang ingin dihidangkan untuk rumah terbuka Aidilfitri, apa kata cuba resipi kari udang ini.

Makanan laut yang dimasak kari memang sedap. Kuahnya boleh dicicah roti atau dimakan dengan nasi putih.


Bahan-bahan:


Udang

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 paket rempah kari udang

1 pelepah daun kari

4 batang cili padi

Garam

Gula

Cara penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. 

Masukkan pula cili padi yang dipotong kecil. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau dengan cepat supaya rempah tidak hangus. 

Setelah berbau wangi, masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari dan terus dikacau sehingga rempah terbit minyak. Setelah itu, baru masukkan santan. 

Apabila santan mendidih, baru dimasukkan udang dan masak sehingga udang masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

kari udang

Artikel Berikut

Bihun Goreng Udang

Artikel Lain