suria

Bangkit Kelapa

BANGKIT kelapa merupakan kuih tradisional orang Melayu. Ia wajib disediakan pada Aidilfitri.

Bagi yang sudah kehabisan stok kuih raya, apa kata cuba resipi ini.


Bahan-bahan:


1 mangkuk tepung gandum

2 mangkuk tepung sagu

1 mangkuk gula halus@ gula kastor

1 mangkuk kelapa ( digoreng tanpa myk sedikit kekuningan)

1 biji telur

3/4 cawan marjerin


Cara penyediaan:

Satukan semua bahan dan gaulkan sehingga menjadi doh.

Pilih penerap yang sesuai.

Canai doh diatas papan pencanai. Ratakan doh dengan kayu pencanai dan bolehlah diterap.

Bakar dengan suhu 150°C selama 20 minit atau sedikit kekuningan.
bangkit kelapa

Artikel Berikut

Bihun Goreng Udang

Artikel Lain