Ayam Masak Gajus

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

MAKANAN berasaskan ayam merupakan hidangan yang sering dimasak pada Aidilfitri selain daging.

Bagi anda yang ingin bertukar selera apa kata cuba resipi ayam masak gajus ini.


Bahan-bahan:


400 gram ayam, potong sederhana kecil

3 ulas bawang putih, hiris nipis

2 biji bawang merah, hiris nipis

1/2 inci halia, hiris nipis

1/2 senduk minyak masak

1 cawan gajus, goreng tanpa minyak hingga naik bau.

2 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil minyak bijan

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap manis

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 biji bawang besar atau bawang holland, potong bulat


Cara Penyediaan:


Goreng ayam separuh masak, lebih baik di goreng di atas kuali non stick. 

Angkat dan asingkan.

Panaskan minyak bekas gorengan ayam tadi.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. 

Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam, kacau selama 1-2 minit, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan, kicap manis, kicap cair dan gajus. 

Teruskan memasak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. 

Taburkan dengan bawang besar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
Tags / Kata Kunci: ayam masak gajus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan