Biskut Nestum

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

BISKUT Nestum memang digemari ramai dan antara kuih wajib ada pada Aidilfitri. Jika anda tidak berkesempatan untuk membeli kuih ini, apa kata hasilkan sendiri kerana ia mudah disediakan.

Bahan-bahan:

125 gram butter, premium Anchor butter

1/2 cawan gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu teh serbuk penaik

1 cawan Nestum original, kisar halus

1 cawan Nestum original, tak perlu kisar

Bahan untuk hiasan:

Ceri merah atau hijau, hiris kecil

Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh


Cara Penyediaan:

Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.

Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. 

Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.

Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.

Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil).

Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter. 

Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.

Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.


Tags / Kata Kunci: biskut nestum

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan