Mi Rebus

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

MI rebus adalah menu popular di negeri Johor. Hidangan ini sesuai dimasak terutamanya untuk kenduri dan pada musim perayaan.

Jadi apa kata cuba resipi ini untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri anak bersama keluarga tercinta.

Bahan-Bahan:

1 kg mi kuning - dicelur

250 gm taugeh - dicelur

Limau kasturi

Bawang goreng

3 biji telur - direbus

1 tangkai daun sup - hiris halus

Cili merah - hiris nipis

Cili hijau - hiris nipis

3 ketul tauhu - digoreng dan hiris sederhana nipis


Bahan untuk kuah:

1 senduk minyak masak

500 gm daging, hiris nipis

500 gm keledek merah - anggaran 2 ketul kecil

2 sudu besar taucu

5 ulas bawang merah*

4 ulas bawang putih*

2 cm halia*

1 sudu besar udang kering yang direndam*

2 sudu besar serbuk kari daging

6 cawan air

1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)

2 cm lengkuas, dititik

1 biji tomato, dipotong dadu

Garam dan gula secukup rasa


Cara untuk memasak kuah:

Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.

Kisar halus bahan bertanda *.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. 

Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati

Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.

Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat. 

Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Cara untuk menghidang:

Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mi. 

Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.

Tags / Kata Kunci: mi rebus

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan