Puding Roti Karamel

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 1:30 AM

Puding Roti Karamel

(Ubah saiz teks)

PUDING roti karamel memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut. Lebih enak jika dibiarkan sejuk dan sesuai dijadikan juadah pada bila- bila masa.

Ia juga mudah untuk disiapkan sebagai juadah berbuka seisi keluarga  pada hujung minggu.


Puding Roti Karamel

Bahan Karamel:
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Cara: Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding:
3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat 
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya mahu kulit puding licin dan gebu)

Cara:

Kisar semua bahan (kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian satukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan dan tapis. Tuangkan ke dalam karamel tadi. 

Sediakan loyang dan isi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengah. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau hingga keperangan. Setelah masak, sejukkan sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai juadah berbuka dan bersahur anda sekeluarga.
Tags / Kata Kunci: Puding Roti Karamel

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan