Daging Palembang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 2:00 AM

Daging Palembang

(Ubah saiz teks)

NAMANYA sahaja sudah tahu dari mana asalnya masakan ini. Apa pun kita serumpun, jadi tidak salah menghidangkannya di Aidilfitri.


Daging Palembang


Bahan
:
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat/kerisik
1 cawan kicap lemak manis 
1sb sos tiram
minyak

Bahan kisar
:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 sudu makan cili boh 
(semua bahan kisar dicampur dengan cili boh)

Rempah Penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan sos tiram dan diikuti dengan santan/kerisik. Biarkan masak hingga daging mula empuk. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Perasakan masakan sebelum siap untuk dihidangkan
Tags / Kata Kunci: Daging Palembang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan