Puding Trifle

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 1:00 AM

Puding trifle ini sedap dimakan bersama whipping cream. Foto ini milik Hizamy Hamid

(Ubah saiz teks)

PUDING trifle adalah hidangan pencuci mulut Inggeris yang popular dan sesuai dinikmati ketika berbuka puasa.

Ia disusun secara berlapis-lapis di dalam trifle bowl bagi menunjukkan lapisan dessert di dalamnya. 

Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek, kemudian kastard, jeli dan buah buahan.


Bahan-bahan:

- 1 kek Swiss roll
- tepung kastard
- jeli kristal (brand NONA)
- buah-buahan koktel
- 1 tin susu cair
- air
- gula

Cara-cara:

Langkah 1: Potong kek (ketebalan bergantung pada anda). Seelok-eloknya dalam 1 inchi, kemudian susun di dalam bekas.
Lembapkan kek itu dengan sedikit air jus koktail dalam tin yang diasingkan daripada buahnya.

Langkah 2: Masukkan tiga sudu besar tepung kastard.

Langkah 3: Letak 1 tin susu cair dan 1 tin air (disukat menggunakan tin susu tadi). Kemudian masukkan sedikit gula mengikut citarasa anda. Masak guna api sederhana, kacau sehingga tanpa henti sehingga adunan menjadi pekat. 

Langkah 4: Tuang adunan tadi ke atas kek yang telah disusun di dalam bekas. Biarkan seketika sehingga beku.

Langkah 5: Tabur buah-buahan koktail tadi di atas adunan kastard yang telah beku.

Langkah 6: Ambil sekotak jelly kristal. Masak dengan api sederhana. Tuang di atas buah-buahan tadi dan simpan di dalam peti sejuk.


Tags / Kata Kunci: Ramadan , trifle

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan