Kek Batik Coklat

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

INGIN membuat kek yang mudah disediakan bagi anda yang bekerjaya. Apa kata luangkan masa anda untuk menghasilkan kek batik coklat yang enak ini.

Kek batik coklat ini adalah olahan dari biskut marie yang lembut. Ia enak dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Namun, pada bulan puasa ini, akhiri hidangan anda dengan kek batik coklat ini.


Bahan-bahan:


200gm millo 

250gm butter/marjerin

3 sudu makan serbuk koko

1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis

biskut marie secukupnya


Cara-cara menyediakan:

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga hancur.

Kemudian masukkan serbuk koko. Kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Setelah pekat ,padamkan api.

Susun biskut marie di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk). 

Lapis dengan adunan coklat, susu biskut marie, sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis.

Siap dan biarkan semalaman. Potong dan hidangkan.

Tags / Kata Kunci: kek batik coklat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan