Ayam Masak Kurma - Jamu Selera | mStar

Ayam Masak Kurma

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 1:00 AM

Ayam Masak Kurma

(Ubah saiz teks)

NASI minyak atau tomato pasti akan lebih lengkap jika dihidangkan dengan ayam masak merah, tetapi apa kata kali ini diubah pula dengan ayam dimasak kurma.


Ayam Masak Kurma


Bahan:
1 kg ayam
4 sudu besar rempah kurma 
rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
2 cawan santan pekat
2 biji tomato - dipotong 4
2 biji kentang - dipotong 4
sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawan merah
2 cm halia

Cara
:
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika, masukkan kentang serta sedikit asam jawa. Apabila kentang sudah empuk, masukan santan dan kacau sebati. Biarkan mendidih, masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.
Tags / Kata Kunci: Ayam Masak Kurma
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan