Pistachio Wafers - Jamu Selera | mStar

Pistachio Wafers

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

BISCUT dengan kekacang selalunya menyelerakan, malahan adunannya yang mudah pastinya akan membuatkan si ibu berusaha menyediakannya terutama untuk anak tersayang. 


Bahan: 

1/2 cawan mentega sejuk

1/2 cawan gula castor

1 sudu teh eden vanila

4 biji putih telur

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan kacang pistachio - ditumbuk


Cara:

Pukul gula dan mentega sampai putih, masukkan esen vanila. Pukul putih telur sampai kembang dan keras, campurkan dalam adunan awal tadi. Gaul hingga 
sebati. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Siapkan loyang pembakar, alas dengan kertas, kemudian sendukkan adunan dengan sudu kecil dan susun dalam loyang, taburkan dengan pistachio yang ditumbuk halus. 

Bakar selama 10 minit.

Tags / Kata Kunci: pistachio wafers
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan