Briyani Spageti

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

AIDILFITRI akan lebih meriah jika tetamu dihidangkan dengan menu yang lain dari yang lain. Tentu sekali ada yang mahukan resipi ini.

Bahan:


1 kotak spageti - direbus dan ditoskan

1 ekor ayam - dipotong 10 atau 1 kg daging - dipotong kecil

200 gm minyak sapi

1 ikat daun pudina

10 biji cili hijau - ditumbuk

5 tangkai cili merah - ditumbuk

3 sudu besar rempah briyani

1.2 cawan susu cair

5 biji tomato

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh lada sulah

1 cawan bawang goreng

30 ulas bawang kecil - dikisar halus 

1 labu bawang putih - dikisar halus

1 inci halia - dikisar halus

Bahan tumis:

3 kelopak bunga lawang

1 inci kayu manis

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

Cara:

Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis serta masukkan bahan tumbuk, rempah briyani, cili tumbuk dan biarkan hingga garing. Masukkan ayam, tomato, daun 
pudina dan biarkan ayam empuk. 

Kemudian tuang susu cair dan air asam limau, tambahkan garam dan masak hingga pekat.

Masukkan spageti dalam periuk dan taburkan bawang goreng barulah dituang kuahnya di atas. Ulangi proses ini sampai habis dan masak sebentar atas dapur.



Tags / Kata Kunci: briyani spageti

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan