Pie Keledek

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

BAGI penggemar pie, apa kata luangkan masa anda untuk menyediakan pie keledek yang mudah. Selain dinikmati ketika minum petang, ia boleh dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah untuk berhari Raya.

Bahan-bahan:


340 gram isi keledek -direbus dan dilecek keledek ape ape jenis pun boleh) 

35 gram gula

40 gram mentega

1/2 biji telur

1 sudu kecil esen vanila


Bahan untuk bahagian bawah puff:

4 keping pastry puff segera (frozen) 


Bahan untuk topping: 

sedikit bijan hitam

baki telur untuk gliss


Cara-caranya:

Ambil isi keledek yang siap dilecek dan campurkan dengan mentega, gula,telur dan esen vanila, gaul sebati, wrap dan perap di dalam peti ais lebih kurang 30 minit ke satu jam.

Kemudian masukkan isi keledek tadi di dalam piping beg dan gunakan ape jua nozel kegemaran anda.

Keluarkan puff pastry dan bahagi puff pastry pada lima bahagian, kemudian pipingkan isi keledek tadi di atas pastry puff.

Taburkan atasnya dengan bijan hitam, kemudian glis perlahan dengan baki telur.

Susun atas dulang pembakar.

Panaskan oven suhu 180darjah dan bakar pie selama 40 minit ataupun sehinga permukaan pie perang. 

Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan.

Tags / Kata Kunci: pie keledek

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan